Latar belakang Voice to New World

Selepas episod akhir Me & 7 Men, satu iklan acah telah dikeudarakan pada 1 November 2016, menampilkan ahli Apink Son Na-eun; mendedahkan tarikh penampilan pertama rasmi Victon iaitu pada 9 November.[6] Pada keesokan harinya, gambar dan video acah individu untuk ahli Sejun dan Byungchan dilancarkan, diikuti dengan Subin dan Hanse. Pada 4 November, iklan acah untuk Seungwoo, Seungsik dan Chan dilancarkan bersama-sama dengan treler persembahan untuk "What Time Is It Now?", salah satu runut daripada EP pertama mereka.[7]

Album itu menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak diendahkan dan diabaikan oleh teman wanitanya tetapi tidak mampu untuk tidak meninggalkannya. Album itu juga digambarkan mempunyai bunyi pop funk di keseluruhan lagu. Pada 9 November, Victon memulakan penampilan pertama mereka dengan pelancaran EP Voice to New World dan runut utama "Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa".[8] Kumpulan muzik ini juga mempromosikan kedua-dua lagu "What Time Is It Now?" dan "Berpura-pura Seperti Tiada Apa-apa" di rancangan-rancangan muzik.

Rujukan

WikiPedia: Voice to New World http://www.allkpop.com/article/2016/11/victon-say-... http://www.hanteo.com/search/nAlbum_info2.asp?mcod... http://www.melon.com/album/detail.htm?albumId=1001... http://www.mnet.com/album/1449965 http://music.naver.com/album/index.nhn?albumId=147... http://www.ollehmusic.com/#/AlbumDetail/f_Album_in... http://tower.jp/item/4394200/Voice-To-New-World%EF... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/albu... http://news.topstarnews.net/detail.php?number=2230...